mcmc
Galeri Foto

TABIAT YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN

MAKAN LEWAT MALAM – TABIAT YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN

Ramai antara kita suka ‘late night supper’ atau kudap-kudapan waktu malam. Tapi tahukah anda, tabiat ini sebenarnya boleh membawa kesan negatif kepada kesihatan dalam jangka masa panjang?

 Data NHMS 2024 menunjukkan:

 2 daripada 5 remaja dan

 1 daripada 3 dewasa

mengamalkan makan malam berserta makan lewat malam secara berlebihan sekurang-kurangnya sekali seminggu!

Kenapa kita perlu risau? Sebab makan lewat malam boleh:

 Mengganggu kualiti tidur

 Melambatkan metabolisme & naikkan berat badan

 Menyebabkan masalah pencernaan

 Meningkatkan risiko penyakit jantung

 Meningkatkan risiko menghidap diabetes jenis 2

 Jadi, apa boleh kita buat?
• Elakkan makan berat selepas pukul 10 malam
• Pilih snek sihat jika perlu
• Amalkan rutin makan yang teratur & seimbang